Selasa, 2 Disember 2008

NAK KIAMAT DAH NIE...

Ni salah satu tanda nak kiamat la ni...berlumba-lumba nak bina bangunan tinggi-tinggi...dah la tu, BABU tu dari India yang kita tahu x la kaya mana pun...tapi supply jentera...yang x kaya tolong bina bangunan?Astaghfirullah...Kemanalah kita nanti...Ya Allah...


BANYAK CANTEKK KO PUNYA HIDUP...!!!

Kalau dah kaya tu...macam-macam boleh jadi laa...Alhamdulillah...Jenuhla kontraktor bangunan nak buat construction yer...

Sabtu, 29 November 2008

Api Syaitan...?


Bekerja merupakan satu ibadah tapi...emm...bila xdpt kawal sifat kesyaitanan kita dengan sifat kemalaikatan, nilah padahnya...Bawak bersabor ler yob...

Ahad, 23 November 2008

Bersederhana....

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.

Jika perlu MENANGIS, menangislah. . tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG.

Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah. . asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT.

Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT.

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. . asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. .

Bersederhanalah... dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara.. ·

Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau. ·

Orang yang terlalu kuat.. kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya..

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta.

Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia.

Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya. . bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.. " Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil....Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhanalah... adalah jawapan kepada segala-galanya

Sabtu, 1 November 2008

Fasa 3 Bulan

Assalamualaikum...Maaf kerana dah lama x update blog ni...aku sibuk dengan berbagai-bagai hal...Sedar x sedar, anakku dah melalui Fasa 3 bulan pertama...(Tgk anak membesar sikit demi sikit depan mata...)Syok jugak sekali sekala buat photo shot anak aku ni...Boleh la buat rekod mcm kronologi fasa umur dia...Nanti bila dia dah membesar dengan bijak, barulah anakku tahu, inilah diri dia semasa melalui FASA 3 BULAN...Wassalam...

Rabu, 8 Oktober 2008

Beraya Di Teluk Kumbar,P.Pinang (1)

Tanggal 30 Sept 2008 bersamaan 30 Ramadan, aku, isteri dan anakku telah bertolak di Teluk Kumbar, P.Pinang bersama2 dgn keluarga mertuaku...Saja nak merasa beraya hari pertama di kampung sana...nak tgk suasananya macamana...Dan yang penting, shot gambar mesti diteruskan beb...Kamera memang sentiasa ada di tangan...Dan malam raya,aku terus shot gambar mertua aku, Mak Lang dan Tok Nab sedang membuat Ketupat daun palas...Ada gambar lain,nantilah aku upload yer...Ni pun, tgh rajin...hehehehe...

Nikon DSLR D80
Manual Mode
18mm & 50mm lens

Isnin, 22 September 2008

Selamat Menyambut Aidil Fitri

Sedih gak tatkala Ramadan dah hampir ke penghujungnya...tgk kalender,siapa sangka tinggal seminggu je lagi...kat surau aku kat Kg.Melayu Subang ada buat tazkirah berkenaan pencarian malam Lailatul Qadar...ustaz tersebut ada memetik daripada ulama tersohor Yusof Qardawi ada membuat kajian bersama2 ulama-ulama yg lain berkenaan malam Lailatul Qadar ni mengikut hari permulaan kita berpuasa...pada tahun ini kita berpuasa bermula pada hari Isnin dan ini bermakna Insyaallah turunnya malam Lailatul Qadar adalah pada malam ke 21(pada hari Sabtu yg lepas)...tapi jgnlah kita salah faham berkenaan malam tersebut kerana Rasulullah sendiri telah mengatakan carilah malam tersebut pada 10 malam yang terakhir Ramadan...jadi maksudnya, kalau nak lagi mudah,kita tanda jer kat kalender kita pada 10 malam terakhir Ramadan (mcm biasa aku buat setiap tahun)Insyaallah,tabahkan semangat,hati kita untuk melakukannya krn aku sendiri pun goyang juga tapi x salah kita mencuba bangun malam...cubalah tidur 30 minit sebelum Zohor,Insyaallah kita boleh bangun 3 pagi punya...aku dah cuba...nak senang,guna alarm la...tapi aku gerenti,kita sekarang ni mmg sibuk mengira kalender bila nak raya, cuti sampai bila, beli baju raya bila, dan mcm-mcm lagi ler...so,check it out...SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI...MAAFKAN AKU JIKA AKU SALAH BANYAK...