Selasa, 2 Disember 2008

NAK KIAMAT DAH NIE...

Ni salah satu tanda nak kiamat la ni...berlumba-lumba nak bina bangunan tinggi-tinggi...dah la tu, BABU tu dari India yang kita tahu x la kaya mana pun...tapi supply jentera...yang x kaya tolong bina bangunan?Astaghfirullah...Kemanalah kita nanti...Ya Allah...


BANYAK CANTEKK KO PUNYA HIDUP...!!!

Kalau dah kaya tu...macam-macam boleh jadi laa...Alhamdulillah...Jenuhla kontraktor bangunan nak buat construction yer...

Sabtu, 29 November 2008

Api Syaitan...?


Bekerja merupakan satu ibadah tapi...emm...bila xdpt kawal sifat kesyaitanan kita dengan sifat kemalaikatan, nilah padahnya...Bawak bersabor ler yob...

Ahad, 23 November 2008

Bersederhana....

Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.

Jika perlu MENANGIS, menangislah. . tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG.

Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.

Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.

Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.

Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.

Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.

Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.

Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah. . asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT.

Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT.

Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. . asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. .

Bersederhanalah... dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara.. ·

Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau. ·

Orang yang terlalu kuat.. kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya..

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta.

Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia.

Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya. . bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.. " Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil....Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhanalah... adalah jawapan kepada segala-galanya

Sabtu, 1 November 2008

Fasa 3 Bulan

Assalamualaikum...Maaf kerana dah lama x update blog ni...aku sibuk dengan berbagai-bagai hal...Sedar x sedar, anakku dah melalui Fasa 3 bulan pertama...(Tgk anak membesar sikit demi sikit depan mata...)Syok jugak sekali sekala buat photo shot anak aku ni...Boleh la buat rekod mcm kronologi fasa umur dia...Nanti bila dia dah membesar dengan bijak, barulah anakku tahu, inilah diri dia semasa melalui FASA 3 BULAN...Wassalam...

Rabu, 8 Oktober 2008

Beraya Di Teluk Kumbar,P.Pinang (1)

Tanggal 30 Sept 2008 bersamaan 30 Ramadan, aku, isteri dan anakku telah bertolak di Teluk Kumbar, P.Pinang bersama2 dgn keluarga mertuaku...Saja nak merasa beraya hari pertama di kampung sana...nak tgk suasananya macamana...Dan yang penting, shot gambar mesti diteruskan beb...Kamera memang sentiasa ada di tangan...Dan malam raya,aku terus shot gambar mertua aku, Mak Lang dan Tok Nab sedang membuat Ketupat daun palas...Ada gambar lain,nantilah aku upload yer...Ni pun, tgh rajin...hehehehe...

Nikon DSLR D80
Manual Mode
18mm & 50mm lens

Isnin, 22 September 2008

Selamat Menyambut Aidil Fitri

Sedih gak tatkala Ramadan dah hampir ke penghujungnya...tgk kalender,siapa sangka tinggal seminggu je lagi...kat surau aku kat Kg.Melayu Subang ada buat tazkirah berkenaan pencarian malam Lailatul Qadar...ustaz tersebut ada memetik daripada ulama tersohor Yusof Qardawi ada membuat kajian bersama2 ulama-ulama yg lain berkenaan malam Lailatul Qadar ni mengikut hari permulaan kita berpuasa...pada tahun ini kita berpuasa bermula pada hari Isnin dan ini bermakna Insyaallah turunnya malam Lailatul Qadar adalah pada malam ke 21(pada hari Sabtu yg lepas)...tapi jgnlah kita salah faham berkenaan malam tersebut kerana Rasulullah sendiri telah mengatakan carilah malam tersebut pada 10 malam yang terakhir Ramadan...jadi maksudnya, kalau nak lagi mudah,kita tanda jer kat kalender kita pada 10 malam terakhir Ramadan (mcm biasa aku buat setiap tahun)Insyaallah,tabahkan semangat,hati kita untuk melakukannya krn aku sendiri pun goyang juga tapi x salah kita mencuba bangun malam...cubalah tidur 30 minit sebelum Zohor,Insyaallah kita boleh bangun 3 pagi punya...aku dah cuba...nak senang,guna alarm la...tapi aku gerenti,kita sekarang ni mmg sibuk mengira kalender bila nak raya, cuti sampai bila, beli baju raya bila, dan mcm-mcm lagi ler...so,check it out...SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI...MAAFKAN AKU JIKA AKU SALAH BANYAK...

Experiment Shot...




Ni saja jer aku tgh test @ berlatih dgn kamera D80 aku kat dlm. bilik...kalau korang nak tahu,gambar ni aku shot pada salah satu rancangan di televisyen iaitu Impian Lyana Sunsilk di TV3...tgh syok tgk citer tu,tiba-tiba nak try shot guna Manual Mode...lps tu aku zoom in out lens ms shot utk dpt efek ni...aku x touch up pun gmbar ni...x sangka lak dpt efek mcm ni...Sila komen...

Sabtu, 13 September 2008

Outing MERDEKA DAY-Dataran Merdeka

kibarlah...
The Real Merdeka costume



panasnya hari ni...
Lim Kim Thye waiting..bila nak balik ni...?
a boy with red and white stripe shirt
MERDEKA costume?
M..E..R..D..E..K..A..isn't?
MERDEKA!!!
I LOVE MALAYSIA Nasi lemak MERDEKA? Reflection of trombone

so close...UP
Agi Idup Agi Ngelaban
tak nampak la,ayah...(1) tak nampak la, ayah...(2)

Maafla kalau aku lambat upload gmbr masa aku outing dgn herman & raduan di Dataran Merdeka 31 Ogos 2008 yang lalu...so, tatapla gambar terbaru aku ni...ada lagi gmbr tapi masa perbarisan la...itu biasa korang tengok kan...


Nikon D80

Shutter & Manual Mode

18-135 mm lens

Jumaat, 12 September 2008

Solat Tarawikh & Solat Fardu




Kejap jer rsnya bulan Ramadan kali ini...Korang agak2,cukup ker amalan yg kiter lakukan...?Aku x cukup lagi...Tatkala aku solat tarawikh kat surau kat tmpt aku di Kg.Melayu Subang,aku rs mcm x puas jer...coz time ni la surau penuh giler smp x cukup saf,lps habis jer Ramadan,mula jemaah kurang..walhal kalau diikutkan,pada bulan2 biasa selain Ramadan,waktunya sama jer...org balik keje,cuma menunaikan solat fardu Maghrib & Isyak!!yg cuma 3 dan 4 rakaat jer...Solat tarawikh?20 rakaat termasuk 3 witir...!Pelik kan...?Persoalan ni dah lama dah...Ustaz2 dah berbuih bg tazkirah,kuliah setiap masa pasal benda ni...Aku pandang pd diri aku yg lemah ni...Kdg2 kita buat solat tarawikh ni,dlm pelbagai persepsi dan gaya...Kalau x buat,mcm x lengkap jer puasa,betul x?Solat fardu?Buat kat rumah pun xpe...Marilah kiter mencari & menghidupkan malam yang lebih baik dr seribu bulan iaitu Lailatul Qadar...lps Ramadan...jgn lupa puasa 6...Tahun ni rsnya,aku dpt bertarawikh lengkap 30mlm...Insyaallah...Jika umur panjang...x sibuk sesangat bulan Ramadan nie...


p/s : Gambar kat atas tue,salah satu gmbr yg aku tngkap ms outing ngan herman & raduan ms kat Dataran Merdeka 31 Ogos 2008..Mau lg gmbar...nnti aku upload...

Rabu, 27 Ogos 2008

Outing Photo Shot KL Bird Park(2)














































Ini adalah photo shot ke 2 aritu...sambungan gmbr yg lepas,tp gmbr monyet le plak...kecuali ada gmbr seorang minah Arab yg cun wooo...emm...br aku perasan,kat situ ramai plak warga Arab yg dtg...ramai gak...Gambar monyet yg atas sekali tu,aku cadang nak hantar utk photo contest Petronas...Saja je nak try...Kalau ada rezeki,ada la...

p/s: ada sekor blogger dah tahu aku nak post gmbr monyet ler...jgn mare,blogger R@duan

First Outing Photo Shot...KL Bird Park(1)


Ini outing photo shot aku yg pertama dgn Herman & Nik di KL Bird Park..Aku br jer beli Nikon DSLR D80 ni..Aku sbnrnya dah lama minat dlm fotografi ni..cuma dulu guna filem la...(dulu guna Canon SLR EOS 888)..Dah gian sgt,tu yg sambar D80 ni..Terkial2 jgk aku nak guna kamera DSLR ni..Thanks Herman krn bnyk ajar short cut mcmna nak guna Manual Mode,Setting Aperture dan Shutter..Ms nk shot ni,aku bnyk guna Shutter Mode di mana aku cuma setting Shutter Speed jer..Aperture akan setting sendiri..Bnyk gak yg aku belum mahir lg..Ni pun mungkin akan wat outing lg dgn tema yg lain..sambil2 ulangkaji pelajaran pasal guna kamera dan teknik fotografi..Komen ler gmbr2 yg aku shot ni..Sori ek..hamba baru jer belajar lg..dulu guna filem, skg digital..Mudah sikit..Bolehlah..susah gak nk shot gmbar wildlife ni..Ada lg gmbar yg lain selain gmbar burung ni..Nnti aku upload lain ek..
Nikon DSLR D80
Lens 18-135 mm
Shutter Mode
Lokasi : KL Bird Park
Tarikh :9 Ogos 2008

Selasa, 26 Ogos 2008

POPULAR vs BIJAK?


Salam...mcmana kwn2...smlm dah umum result pilihanraya kecil Permatang Pauh P44...spt yg dijangka,PKR menang lg...kita bkn nk persoalkan sapa menang dan kalah tp persoalan pd 'pemikiran' rakyat pada wakil yg dicalonkan...saya ingin memetik kata-kata daripada Dr.Abu Hassan Hasbullah(dlm petikan Berita dari TV..x ingat yg mana satu)lebih kurang mcm ni la...'...kita lihat ada persaingan dr segi aspek klasifikasi calon..terbahagi 2 iaitu kita ada calon POPULAR dan satu lg calon BIJAK...'tp kebarangkalian, kebiasaannya...calon POPULAR mempunyai harapn menang...tp lawannya adalah calon BIJAK...cuba yer kita fikir, rakyat semacam ada sesuatu yg hendak disampaikan pada kerajaan bahwa kuasa rakyat adalah MEMILIH..tp memilih pada yg POPULAR bkn bererti rakyat berstuju apa yg mereka pilih tp 'menjentik' sikit hati setiap pemimpin agar tahu bahawa rakyat punya sesuatu RASA untuk membuat PILIHAN..kalo boleh,jgnlah bg PILIHAN tp KETETAPAN..ketetapan dlm membuat keputusan agar rakyat cintakan pemimpin mereka..susah beb nak jd pemimpin ni...Jd, bersyukurlah, pada pemimpin kita yg sedia ada ni krn mereka dah bekerja keras untuk rakyat..x kisah sapa yg memerintah, yg penting NEGARA MALAYSIA yg kita cintai, AMAN dan senang kita nak cari REZEKI...Selamat Menyambut Merdeka...(P/s : abg wan & herman..kita 'outing' photo shot kat Dataran Merdeka ek...jgn lupa...)

Piala Malaysia..Kedah vs Selangor(3-2)


Aduh...berat sungguh Piala Malaysia nie...(aku dpt memegang sendiri piala tersebut,pada tengahari sebelum perlawanan mlm hari Sabtu 23 Ogos 2008)..sapa sangka...dpt gak aku julang piala tue...tp sayang...pasukan Selangor kecundang...pada aku dek jurulatihnyer yg sering sgt mementingkan taktik serangan bertubi-tubi...sedangkan pasukan mana yg mantopppp pertahanannyer,adalah yg terbaik...ini tidak...bnyk sgt 'star'nyer...penyerang yg terlalu ramai pada aku ler...Dollah Salleh patut mencntohi Azraai Khor Abdullah yg tahu potensi pemainnyer(posisi yg sesuai)...aku pun pelik...mcmana pasukan selangor boleh masuk ke final...?yelah...aku bknnnya handal sgt dlm bab bola ni...mereka yg main bola...tahu payah jerih main bola nie...tp kalo korang tgk ms Olimpik tue, pemain bola wanita...dilihat agak bagus bila bermain...kalau lah pasukan wanita tue lawan pasukan kita ler...agak2 sapa menang ek...? Skg ni,pemain import dah balik...kita balik semula mcm dulu...lps tu kita tgk pemain kiter main mcm tue jugak...xde skil individu...stadium lps ni,aku rs kurang lah gamaknya...