Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata
"Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."
Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR.
Jika perlu MENANGIS, menangislah. . tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG.
Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN.
Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR.
Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH.
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA.
Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA.
Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja keraslah.. asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH.
Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah. . asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT.
Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT.
Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. . asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya.
Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. .
Bersederhanalah... dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara.. ·
Orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh.. terus sasau. ·
Orang yang terlalu kuat.. kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya..
Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta.
Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia.
Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.
Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya. . bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.
Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.
Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.. " Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil....Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."
Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.
Bersederhanalah... adalah jawapan kepada segala-galanya
Ahad, 23 November 2008
Sabtu, 1 November 2008
Fasa 3 Bulan
Assalamualaikum...Maaf kerana dah lama x update blog ni...aku sibuk dengan berbagai-bagai hal...Sedar x sedar, anakku dah melalui Fasa 3 bulan pertama...(Tgk anak membesar sikit demi sikit depan mata...)Syok jugak sekali sekala buat photo shot anak aku ni...Boleh la buat rekod mcm kronologi fasa umur dia...Nanti bila dia dah membesar dengan bijak, barulah anakku tahu, inilah diri dia semasa melalui FASA 3 BULAN...Wassalam...Rabu, 8 Oktober 2008
Beraya Di Teluk Kumbar,P.Pinang (1)
Tanggal 30 Sept 2008 bersamaan 30 Ramadan, aku, isteri dan anakku telah bertolak di Teluk Kumbar, P.Pinang bersama2 dgn keluarga mertuaku...Saja nak merasa beraya hari pertama di kampung sana...nak tgk suasananya macamana...Dan yang penting, shot gambar mesti diteruskan beb...Kamera memang sentiasa ada di tangan...Dan malam raya,aku terus shot gambar mertua aku, Mak Lang dan Tok Nab sedang membuat Ketupat daun palas...Ada gambar lain,nantilah aku upload yer...Ni pun, tgh rajin...hehehehe...Nikon DSLR D80
Manual Mode
18mm & 50mm lens
Isnin, 22 September 2008
Selamat Menyambut Aidil Fitri
Experiment Shot...
Sabtu, 13 September 2008
Outing MERDEKA DAY-Dataran Merdeka
kibarlah...

The Real Merdeka costume
panasnya hari ni...
Agi Idup Agi Ngelaban
Maafla kalau aku lambat upload gmbr masa aku outing dgn herman & raduan di Dataran Merdeka 31 Ogos 2008 yang lalu...so, tatapla gambar terbaru aku ni...ada lagi gmbr tapi masa perbarisan la...itu biasa korang tengok kan...
Nikon D80
Shutter & Manual Mode
18-135 mm lens
Jumaat, 12 September 2008
Solat Tarawikh & Solat Fardu
Kejap jer rsnya bulan Ramadan kali ini...Korang agak2,cukup ker amalan yg kiter lakukan...?Aku x cukup lagi...Tatkala aku solat tarawikh kat surau kat tmpt aku di Kg.Melayu Subang,aku rs mcm x puas jer...coz time ni la surau penuh giler smp x cukup saf,lps habis jer Ramadan,mula jemaah kurang..walhal kalau diikutkan,pada bulan2 biasa selain Ramadan,waktunya sama jer...org balik keje,cuma menunaikan solat fardu Maghrib & Isyak!!yg cuma 3 dan 4 rakaat jer...Solat tarawikh?20 rakaat termasuk 3 witir...!Pelik kan...?Persoalan ni dah lama dah...Ustaz2 dah berbuih bg tazkirah,kuliah setiap masa pasal benda ni...Aku pandang pd diri aku yg lemah ni...Kdg2 kita buat solat tarawikh ni,dlm pelbagai persepsi dan gaya...Kalau x buat,mcm x lengkap jer puasa,betul x?Solat fardu?Buat kat rumah pun xpe...Marilah kiter mencari & menghidupkan malam yang lebih baik dr seribu bulan iaitu Lailatul Qadar...lps Ramadan...jgn lupa puasa 6...Tahun ni rsnya,aku dpt bertarawikh lengkap 30mlm...Insyaallah...Jika umur panjang...x sibuk sesangat bulan Ramadan nie...
p/s : Gambar kat atas tue,salah satu gmbr yg aku tngkap ms outing ngan herman & raduan ms kat Dataran Merdeka 31 Ogos 2008..Mau lg gmbar...nnti aku upload...
Langgan:
Catatan (Atom)
